|
|
| Tuesday, 4-Sep-2007 02:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
5th Entry: Palma de Mallorca, Spain 27 Ogos - 2 September 2007
|
|
Third Day – Palma de Mallorca (31/8/2007) Merdeka Day and my presentation day
Hari ketiga di Palma de Mallorca. Berdebar-debar dari malamnya. Pagi-pagi lagi dah bersiap. Rasa tak lalu nak makan. Kiranya first time present kat luar Malaysia. Berkat doa semua terutama dari suami tersayang, alhamdulillah, beroleh ketenangan. Masuk Apollo room, tak ramai yang dah ada. Save siap2 presentation dalam laptop yg disediakan, aku orang ketiga yang present pagi tu. Audiencenya makin ramai, ada beberapa orang professor juga, cuak rasanya. Ohya, aku dah tak pakai sunglasses hari tu, dengan selambanya. Mata still merah, tapi aku buat tak tahu je. So present la dengan mata yang merah tu, dah kurang pun. Memang menggigil juga. Tapi alhamdulillah, berkat doa semua aku dapat present dengan baik. Masa sesi soal jawab ada la 2 org prof yang bertanya. Boleh jawablah apa yang ditanya. Habis je sesi pagi tu aku naik bilik, rasa merdeka sungguh. Rizal takde kat bilik, rupanya dia pergi breakfast sorang2. So aku tukar baju dan bersiap2 untuk pegi jalan2. Bila semua dah ready, kami pergi ke taman depan hotel untuk tunggu bas, salah satu stop point bas tu. Sementara tunggu bas, sempatlah kami bergambar di taman tu. Taman tu adalah stop point ke-13 dari 16 stops. Kami aim 3 stops yang paling menarik, Poble Espanyol ( 8 ), Castell de Bellver ( 9 ) dan Moll Comercial ( 16 ).
Bas datang je berlari-lari kami. Dengan tiket yang dibeli kami dapat set earphones untuk dengar guidance tentang tempat2 yang kami lalu. Yg frustnya, tak dapat duduk kat atas. Bila ada je penumpang lain turun, kami segera naik ke atas. Akhirnya dapat juga naik atas. Kami decide nak pergi ke Castell de Bellver dulu. Sebelum sampai ke situ kami kena lalu Bandar Palma dulu. Baru nampak bandar dengan ramai2 manusia, esp pelancong. Seronok sangat naik bas tu kalau dapat duduk atas, tapi kena make sure bila lalu area bawah pokok kena tunduk, kalau tak tersangkutla topi, tudung atau kepala…hahahaaa…. Aku ok lagi, tapi Rizal yang tinggi asyik kena tunduk je.
First stop – Castell de Bellver ( 9 )
Hampir sejam, kami sampai ke stop ke-9, Castell de Bellver. Istana kota lama ni berada atas bukit, jadi memang boleh nampak pemandangan kat bawah yang sangat cantik. Nampaklah kapal-kapal mewah dari jauh. Rupanya nak masuk kena bayar lagi…ingatkan dah termasuk pakej tiket bas. Seorang kena €2. Castle ni macam dalam cerita perang lama2 yang kita tengok dalam movie. Kat dalamnya dijadikan ala-ala muzium bersejarah lah. Enjoyed ourselves so much. Buat main nyorok2 best ni….hehheeee. Kalau anak2 sedara ada, sure depa seronok. Penat dan lapar jugalah kami, nasib baik bawa bekalan biskut dan cekelat yang banyak. Itulah lunch kami. Time nak balik, berebut2 naik bas, mat salleh pun sama, takde manner. Masing2 dah penat, ingat nak naik bas je, actually nak berebut duk tingkat atas. Kami dapat juga duk tingkat atas. Our next stop adalah Moll Comercial no-16.
Second stop – Moll Comercial ( 16 )
Kalau ikut route bas tu, ini stop paling last. Tepi pantai, boleh bau laut, tengah-tengah Bandar. Our main objective adalah Catedral de Mallorca. Rasanya bila disebut cathedral, sure ramai boleh teka bangunan apakah itu. Kami macam berfikir2, boleh ke nak masuk? Berbaloi ke? Akhirnya kami decide, alang2 dah sampai, masuk je lah. Hahaaaaa….kena bayar lagi. Ingatkan free, ni yg buat kami berfikir2 balik. Tapi akhirnya kami masuk juga dengan bayaran €4 seorang. Masa masuk je, berderau darah….. hehheeee…. first time masuk gereja besar. Memang sangat2 besar. Katanya ni antara tempat istirehat raja Spain kalau datang ke Mallorca ni. Bangunan ni sebenarnya sangatlah besar, tapi ruang yang jadi tempat pameran taklah besar mana. Dalam tu penuh dengan chapel2. Ramai pelancong2 tu pandang aku yg bertudung masuk gereja. Agaknya depa ingat aku nak buat apa2 yang tak senonoh kot. Kami tak ambil gambar pun dalam tu, rasa tak seronok nak bergambar. Rasa macam nak keluar cepat2. Takut dan seram dengan patung2 di dinding. Lepas keluar dari cathedral, kami jalan2 sekitar bandar. Comel2 kedai kat situ. Tapi barang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kedai2 di sekitar hotel tempat kami menginap. Nasib baik kami dah shopping sana dulu. Barang2 lebih kurang je. Letih juga berjalan-jalan di situ. Masa nak naik bas, agak pening juga kami cari bus stop. Rasa tertekan juga sekejap pening cari jalan sebab dah keletihan. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Sebenarnya ada beberapa stop yang kami boleh pilih untuk naik bas (no. 15, 16, 1 dan 2), tapi kami cari yang agak-agak tak ramai orang dan boleh tempat duduk (no. 15). Menunggu lah kami kat situ sambil tengok lagak manusia yang lalu lalang. Sampai je bas, beria-ia kami nak cari seat atas, tapi dah penuh. Terpaksa duk bawah. Masa bas stop kat no. 1, kami dapat duk seat atas. Hehehehee puas hati. So kami aim stop terakhir, Poble Espanyol no-8.
Third stop - Poble Espanyol ( 8 )
Ini destinasi terkahir kami, Poble Espanyol. Sekali lagi kena bayar…. €5 seorang. Paling mahal. Tapi tempat ni seronok. Dalam ni ada 22 the most famous and unique architectural jewels that man has created throughout the history of Spain and which mark the geography of the country. Arkitek yang bertanggung jawab bina tempat ni adalah Fernando Chueca Goitia pada 1967. Bangunan2 tersebut adalah: Puerta deBisagra, Patio de Carlos V, Cristo de los Faroles, Banos Arabes de Granada, Patio de los Arrayanes, Casa Canaria, Ermita S. Antonio de la Florida, Casa de “El Greco”, Plaza de Santa Maria, Palacio de la Diputacion, Iglesia de Torralba Ribota, Torre de Sta. Caterina, Plaza Mayor, Ayuntamiento-Vergara, Calle Mayor, Torre del Oro, Plaza de Luis Vives, Barrio Andaluz, Ermita del Cristo de la Luz, Puerta de Toledo, Kuhn & Partner, Casa de los Maldonado. Berbelit lidah nak menyebutnya. Sebenarnya tempat ni adalah pengumpulan bangunan2 terkenal dari seluruh Spain. Contohnya aku ambil Banos Arabes de Granada (Arab Bath of Granada) yang terletak di Southern Spain, Andalucia (juga terkenal dengan Istana Alhambra yang terdapat di Granada). Banos Arabes de Granada ni merupakan tempat mandi manda ala2 Arab, ada beberapa kolam dan bermacam2 wangian mandian. Yang tahu lebih lanjut boleh layari di internet, banyak details information termasuk another 21 architectural jewels. Takkan nk citer seme kot. Sebenarnya masa masuk tempat ni kami dah kepenatan. Last stop. Tapi jalan2 la jugak. Nampak macam agak terbiar sikit, maybe dah kurang sambutan. Tapi rasa seronok juga, dapat kenal tempat2 di seluruh Spain tanpa perlu pergi ke tempat sebenar. Memang ditiru sebijik seketul bangunan2 tu. Dah habis round kat situ, kami punkeluar la tunggu bas, rupanya kami berdua je yg tunggu bas kat situ. Lama juga menunggu, akhirnya tiba juga bas yang dinanti. Dapat duduk atas lagi. Kami turun di stop 14, berdekatan dengan hotel, area kedai2 yang kami pegi semalamnya. Jalan2 jap kat situ, then balik hotel. Satu hari berjalan memang sangat2 penat….tak terkata penatnya.
Malamnya bermulalah operasi membungkus, mengepack barang2 dan menghabiskan bekalan makanan. Penat juga duk bungkus barang2 ni, adjust situ, adjust sini, nak bagi muat. Risau juga takut lebih timbangan. Tapi nampak macam ok je. Kami kena tidur awal sebab plan esoknya nak keluar 0645 pagi. Harap2 terjaga lah….
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Sep-2007 02:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
4th Entry: Palma de Mallorca, Spain 27 Ogos - 2 September 2007
|
|
Second Day – Palma de Mallorca (30/8/2007)
Hari kedua di Palma de Mallorca. Seperti biasa, pagi aku tetap turun ke conference. Dan macam biasa juga, lepas coffee break aku naik bilik. Kali ni Rizal ajak breakfast sama2. Mmmmmm….nampak memang best, banyak varieties of foods, tapi kami memang tak berani nak makan. Takpelah, makan buah pun jadi lah. Tempat makan tu sebelah pool dengan pemandangan port de Mallorca. Lepas breakfast, kami keluar jalan2. Kali ni kami keluar belah kiri hotel pula. Side ni kiranya menuju ke bandar, jadi lebih banyak kedai2 gift yang kami jumpa. Tiap kali masuk kedai kami dialu2kan dengan perkataan hola yang maknanya selamat datang. Kebanyakan owner kedai berasal dari India yg memang dah jadi penduduk tetap kat situ. Menurut diorang, pulau ni dah kurang meriah berbanding dulu2. Dah kurang pelancong yang datang. Tapi aku tengok ramai je, maksudnya dulu2 lagi meriah la kot. Jumpa la barang souvenir yang agak murah. Hari ni banyak sket membeli. Kira banyak juga kami berhabis untuk barang kenang2an. Takpelah, lain kali tak tentu datang lagi. Jauh juga kami berjalan2. Ohya, mulanya kami ingat nak sewa basikal untuk bersiar2, harganya EUR13 untuk sehari. Tapi masa singgah kedai auntie dari India ni, dia suggest naik bas merah City Sightseeing yang aku tengok semalam tu. Harganya pun EUR13. Bas tu akan pusing bandar Palma dan ke tempat2 menarik sekitarnya. Kiranya kita beli satu tiket je dan boleh turun naik kat stop2 tertentu dalam satu hari dengan hanya satu tiket je. Disebabkan dapat info ni lambat, hari pun dah petang, maka kami decide esok pagi je lah.
Pada aku orang2 kat sini friendly, tak lokek senyum, bila kita tanya pasal jalan pun, diorang sanggup terang sungguh2 dan pegi tunjuk sekali. Rata2 yang ditanya pasti akan layan kita dengan baik. Tak rasa terasing sangatlah. Ohya, petang masa balik, hujan renyai2. Fyi sekarang ni musim summer. Walaupun matahari tegak kat kepala, tapi angin sepoi2 bahasa dan takde lah berpeluh sakan macam kat Malaysia. Rasa rindu pula kat Malaysia….hahahhaa….sesi mengada-ngada. On the way balik singgah sat kat taman depan hotel. Taman tu kecik je…yang pasti pemandangannya kapal. Malam tu kami turun sekejap ke receptionist nak tanya pasal bas merah tu, sebab masa call diorang kata tiket pun boleh dibeli di situ. So alang2 baik kami beli tiket kat hotel daripada pegi balik kedai auntie tu esok. Katanya bas paling awal akan stop kat depan taman yang kami pergi tu jam 1130. Lepas beli tiket kami lepak sat kat lobby tengok dan dengar orang main piano, ambil gambar dia sekali. Habis je lagu, tup2 dia offer nak ambil gambar kami berdua, siap mintak posing kat piano dia lagi. Pastu sembang2 jap ngan dia. Katanya tak pernah tahu pasal Malaysia, tapi kalau Singapore ngan Thailand tu dia biasa tengok kat tv via National Geographic rasanya dia cakap, ke Discovery Channel….ntah, dah lupa. Dia tak pernah travel luar Europe, jauh and costly katanya. Baik dia duk depan tv, tengok negara2 luar, takyah gi sana, jimat duit dan selesa (kat rumah je)….pendapat dia la. Bila nak balik tu, dia hulur tangan nak shake hand, aku pun teragak2, tapi hulur juga la….tup2, hahahahaaaa…..first time in my life, tangan aku dicium oleh lelaki (selain Rizal la hehhehee). Rasa nyesal plak hulur tangan, tak sangka dia nak buat gitu. Org kat receptionist tu kata pianist tu dah pencen lama, umur dalam 60 dan dia adalah prof muzik kat tempat dia ngajar dulu….wow, hebat sungguh, patutlah dia main best.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Sep-2007 02:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
3rd Entry: Palma de Mallorca, Spain 27 Ogos - 2 September 2007
|
|
First Day di Palma de Mallorca (29/8/2007)
Palma de Mallorca, akhirnya sampai juga aku di sini. Hotel Melia Palas Atenea ni best, bilik banyak cermin besar2, sana sini cermin. Teringat Zanti, mesti dia suka….hahahhaa. Ada balkoni kecik, siap meja makan kecik. Bilik quite big. Ada tv brand Nokia, tk caya? Nanti refer gambar…. Pagi2 lagi aku dah bersiap untuk pergi mendaftar ke conference, dengan sunglasses…hahhaaa. Terpaksa beb, mata tak baik2. Sakitnya dah hilang tapi masih merah menyala. Lepas pendaftaran ada welcoming address kat Apollo Room, kat bilik ni juga tempat aku bakal present. Rata2 participants adalah European. Berdebar rasanya. Ada juga dari India dan Middle East, tapi tak ramai la. Tea break jam 1000, tapi memandangkan aku takut nak makan, tak sure tahap kehalalannya, aku naik ke bilik. Padahal minum tea je, aku yg lari sebab rasa cam kekok nak sembang2 ngan org asing. Rugi juga tak ambil peluang ni. Takpelah. Sampai bilik Rizal takde, rupanya dia turun breakfast. Sewa hotel termasuk breakfast for two. Rizal kata memang banyak makanan yang disediakan, tapi dia hanya makan buah je. Yang lain dia tak berani. Lepas tu ada dia jalan2 kat luar, tapi tkde aku, boring katanya.
Petang tu kami pergi jalan2 kawasan sekitar. Tempat ni macam marina la, penuh dengan kapal2 private dan mewah yang park di sekitar. Berangan gak kami nak punya kapal mcm tu. Lepas tu kami jalan2 sejauh yang kami larat, kononnya nak cari restoren halal yang Rizal jumpa kat internet. Ada kami tanya pihak hotel kat mana dan tunjuk peta serta addressnya, katanya sangat jauh. Restoren tu terletak di Juan Miro, masalahnya jalan tu sangatlah panjang. Tapi bila kami cuba cari memang ternyata restoren tu sangat2 jauh. Last2 kami give-up, balik semula tapi cuba jalan lain. Jumpa beberapa kedai gift, dan barang2 agak murah, murah2 pun bila darab ngan 5 tercekik darah juga. Kami shopping sket2. Sepanjang kami jalan2 tu ada aku tertengok satu bas merah 2 tingkat yang tak berbumbung, yang tertulis Palma City Sightseeing. Aku teringin naik bas tu. Tapi memandangkan hari dah makin gelap, kami balik dulu. Lagipun kaki aku sakit sebab kasut aku tu kecik sket, aku betul2 tak larat. Terpaksalah kami balik. Sebenarnya agak jauh kami jalan. Lalu rumah2 orang, jumpa anjing yg buang air dan tuannya yang terpaksa kutip najisnya. Lepas tu banyak benda lagi yang kami perhatikan. Kami perasan yang jalan tu sebenarnya happening waktu malam dengan pub2 dan club2 yang banyak. Selain tu rumah2 orang la. Memang bandar sebenar Palma bukan kat situ, kena pi naik bas. Kat sana nun yang banyak kedai2. Pokok palma memang banyak di sana. Selain tu pokok bunga raya, bunga kertas dan aloevera pun banyak….bunga tahi ayam pun ada depan hotel. Terasa macam Mallorca lagi bangga dengan bunga raya berbanding Malaysia.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Sep-2007 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2nd Entry: Palma de Mallorca, Spain 27 Ogos - 2 September 2007
|
|
STN-PMI (28/8/2007)
Kami bersiap awal, sarapan kebab yang tak habis malam tadi. Keluar awal2, just to try our luck kot2 ada kedai yang buka awal. Ada la kedai newspaper dan kedai runcit Tesco, tapi takde yang menarik. Janji ngan Mie kat depan tube station jam 0745, dan kami bertolak menaiki Circle line ke Baker Street Station, tempat untuk kami naik bas untuk ke Stansted Airport, London. Orang tak ramai lagi, tapi tube tetap penuh. Sampai di Baker Street Station, sempat Rizal beli poskad, kebetulan ada kedai yang buka. Mie hantar kami sampai ke bus stop di pick-up point: Coach Stop 19, near Allsop Arms Public House, 137 Gloucester Place, NW1 5AL. Lengkap addressnya. Dari Baker Street Station tu kena jalan la sket untuk ke bus stop tu, tapi tak jauh sangat la.
Jam 0830 bas sampai, kali ni kami naik Easybus. Sebenarnya bukanlah bas, tapi macam mini bus la….ala-ala van. Tapi cukup besar. Lepas say goodbye and thanks to Mie atas susah payah tolong kami, kami bertolak untuk ke Stansted Airport (kat London ni ada 4 airports). Kami sampai agak awal dalam jam 1000, tapi orang dah ramai. Terus ckeck-in, takde masalah (cuma staf tu minta aku buka sunglasses) dan jalan2 jap kat sekitar airport. Beli ole-ole London sket. Masa nak boarding, lalu bawah scanner, berbunyi pulak. So ada polis perempuan yang terpaksa check belt aku, dan dia minta izin untuk check seluruh tubuh aku termasuk bawah tudung, nasib baik tak suruh buka tudung. Tapi dia minta dengan penuh diplomasi, so takde la rasa privacy diceroboh sangat. Masa sampai kat tempat nak scan kasut, tiba2 ada staff yang tanya, are you Malaysian? Kami jawab ya, so dia pun so excited bercerita pengalaman dia kat Malaysia 3 tahun lepas, datang Malaysia untuk belajar traditional massage (ngurut la tu) kat Pahang. Dia kata tukang urut tu adalah tukang urut Istana Sultan Perak, ntah betul ke tak….wallahua’lam. Sebab dia syok sembang ngan kami sampai dia teralpa sekejap tugas dia, sampai ada kawan dia marah dan suruh dia jaga kat tempat lain. Kesian dia. Tapi dia memang cam la kami Malaysian dan dia sangat excited bercerita.
Kami boarding jam 1200, dengan Ryanair FR8386. Sebelum tu sempat berjalan2 kat dalam tempat boarding building. Lepas tu tercungap2 nak ke gate, hehehehe… sebab seronok sangat berjalan2 dalam tu. Ryanair ni ala-ala Airasia kat Malaysia la. Tambang murah, naik pun takde airbridge, kena panjat tangga. Perjalanan makan masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami sampai di Palma de Mallorca Airport lebih kurang 1425 (1525 waktu Spain). Sepanjang penerbangan suasana sangat ceria, penuh dengan kanak-kanak sebab kebanyakannya nak pergi melancong ke Balaeric Island. Ryanair pun tak sediakan makanan, tapi kena beli, sama macam Airasia. Tapi kami tak makan apa2. Cantik sangat pemandangan awan, bright blue sky ciptaan Maha Esa. Sampai di airport, takde masalah. Sekali lagi aku diminta buka sunglasses kat immigration, garang sket pegawainya. Custom takde masalah…in fact macam takde custom pun. So kami lepas dengan mudah, juga berkat doa semua.
Dari Airport Palma de Mallorca kami menaiki airport taxi untuk ke Hotel Melia Palas Atenea. Ada je bas dari situ, tapi sebab aku tak study pasal bas, terpaksalah naik taxi. Bandar Palma de Mallorca sangat cantik dan terkenal sebagai bandar pelancongan. Kiranya Palma de Mallorca ni adalah pekan untuk Balaeric Island la. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 1620, dah petang. Hotel kami adalah hotel empat bintang. Setelah satu malam tidur di budget hotel, akhirnya kami dapat tempat menginap yang sangat selesa. Kami kepenatan dan masa banyak dihabiskan untuk berehat. Nyenyak betul kami tidur malam tu.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Sep-2007 02:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Palma de Mallorca 27 Ogos - 2 September 2007
|
|
I'm back ....Kali ni giliran aku pula berurusan rasmi di luar Negara. Aku bentang kertas kerja di The 16th IASTED International Conference on Applied Simulation and Computation (ASM2007) yang diadakan di Hotel Melia Palas Atenea, Palma de Mallorca, Spain. Conference tu diadakan selama 3 hari, (29 – 31/8/2007), dan nampaknya tahun ni kami sambut kemerdekaan di perantauan. Fyi, aku mengalami conjunctivitis sepanjang berada di sana, ujian dari Allah agar aku tak lupa diri di tempat orang.
KUL-LHR (27/8/2007)
Kami bertolak dari Cheras dalam jam 0930, Abah, Mak dan Makchak hantar, dan sampai di KLIA dalam jam 1015 (lebih kurang la, sebab dah lupa). Flight MAS MH004 pada jam 1200 dan kami check-in dalam jam 1030. Kami dah book seat awal-awal, so dapat duduk kat window seat. Boleh la tengok awan yang cantik sepanjang perjalanan. Kami buat solat jamak taqdim siap-siap dalam flite, risau kat London nanti tak tau nak solat kat mana. Kami tiba di Heathrow London lebih kurang jam 1810 waktu London (lebih kurang jam 0110 waktu Malaysia) setelah berada dalam flite hampir 13 jam lebih. Allah Maha Mengetahui betapa penatnya melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat.
Kami tak mengalami sebarang masalah sama ada di immigration atau custom. Berkat doa semua. Lepas tanpa banyak soalan dan tanpa buka beg, selamat ikan bilis yang aku bawa untuk Mie (kawan UMT kat East Anglia). Masa nak mula beratur kat tempat immigration, Rizal hampir terlepas ke lorong UK citizen, tapi bila staf kat situ nampak aku, terus ditanya, you’re Malaysian? So dia tunjuk lorong yang sepatutnya. Memang agaknya diorang cam muka Malaysian, tapi aku tak sure camana Rizal tu boleh terlepas. Hehehe…ada rupa cam mat salleh ke? Confused, confused… Aku cuma diminta buka sunglasses. Aku tengok orang2 lain lama betul bersoal jawab dgn pegawai immigration, tapi kami hanya ditanya 2, 3 soalan je, tak sampai 5 minit. Lepas ambil beg, kami cari jalan keluar, nampak pintu yg ada sign undeclared gate. Nampak macam ramai yang keluar kat situ. Kami pun guna la pintu tu. Kat pintu dah ada pegawai bersama seekor anjing yang besar….berdebar gak. Lepas….Alhamdulillah. Lepas tu kami nampak beberapa orang yang ditahan dan dibuka serta diperiksa begnya. Kami jalan je, buat2 tak tau, dan sekali lagi kami terlepas, tak ditahan. Sedar2 dah kat pintu luar. Pelik juga rasa, sebab masa gi Japan dulu, memang diselongkar habis.
Heathrow – Victoria Coach Station
Setelah semua selesai, kami mencari tempat untuk naik bas National Express, yang dah aku book online tiketnya. Jauh juga sebenarnya tempat naik bas tu. Aku book untuk jam 1940, tapi disebabkan kami sampai awal, dapat naik jam 1930, awal 10 minit. Bas kami menuju ke Victoria Coach Station yang terletak di tengah kota London. Dalam bas kami menikmati pemandangan kota London, yang mana bangunannya banyak bangunan lama, terutama rumah2 diorang. Cantik2…
Victoria Station – Bayswater Station
Sampai je di Victoria Coach Station, pening2 kami cari jalan ke Victoria Station, untuk dapatkan tube ke Bayswater. Nasib baik sebelum bas masuk ke coach station, bas tu pusing dulu dan kami ternampak Victoria Station tu…so dapatlah agak kat mana nak dituju. Waktu tu macam baru masuk maghrib. Menapaklah kami ke Victoria Station. Sesampai di sana, masyaAllah, ramainya manusia…..dan macam2 kaunter tiket ada. Kami dah pening. Mana nak beli tiket tube ni, and kat mana nak cari tube. Dah berlegar2 kat situ dalam 10 minit, kami give-up and terus tanya polis kat situ mana nak dapatkan tube. Rupanya kaunter2 yang kami tengok tu adalah untuk train lain, bukan tube (tube ni macam LRT kat Malaysia, tapi kat underground). Kami pun turun ke bawah, ke tube station. Tapi kali ni pun macam pening2 gak, sebabnya kat situ ada 3 jenis line (Circle, District dan Victoria). Nak ke Bayswater, kami boleh ambil Circle atau District, tapi Circle lebih jimat masa, tapi kena make sure turun kat platform yang betul. Kalau tak, makin jauh perjalanannya. Masalahnya, kami tak tau nak beli tiket camana guna mesin, manusia teramatlah ramai. Nak dijadikan cerita, dalam duk pening2 tu, Rizal pi tanya polis kat situ camana nak naik Circle Line. So dia tunjukkan platformnya. Kami terus turun ke platform tu tanpa ada sesapa atau mesin yang check tiket. Sampai kat situ, kami heran….kat mana nak beli tiket. Rupanya kami lepas tanpa beli tiket, sebab kebetulan dah 3 hari London ada pesta (tak sure apa namanya….Jamaica Fiesta….lebih kurang la), agaknya sebab tu lah pengawasan tiket takde. Disebabkan kami takut kat Bayswater nanti tak lepas, Rizal naik semula ke tempat tiket. Aku tunggu beg kat bawah. Lama gak tunggu dia, sebab orang memang ramai. Dekat setengah jam lah. Aku sempat buat observation, setiap line punya palang besi yang berlainan warna mengikut warna line. So aku hanya perlu cari tube yg punya warna palang kuning, menunjukkan Circle line. Akhirnya Rizal datang dengan tiket dan kami dapat juga naik tube tu. Rasanya dalam 15 minit kami sampai di Bayswater. Sampai sini….lagi sekali tiket tak diperiksa, juga sebab pesta tu. Kat sini lagi happening….jalan2 ditutup. Ramai orang menari2 di tengah2 jalan, ada yang menyanyi atas bumbung, ada yang mabuk. Semua kawasan sangat2 kotor dan teruk….teruk betul. Lagi teruk dari KL.
Misi mencari London House Hotel
London House Hotel, 81 Kensington Gardens Square, Bayswater, Westminster, London W2 4DJ. Masa kat Malaysia, aku dah study map hotel tu, nampak macam senang. Tapi silapnya kami, keluar je dari stesen tube, terus tanya polis dan ditunjuknya arah yang jauh. Tapi tak terfikir pula aku nak rujuk balik map tu, terus ikut je cakap polis. Bila dah jalan2 cari tempat tu, tak jumpa2….kami tanya plak polis kedua, dan ditunjuk pula jalan yang patah balik ke station tube tu. Lagi kami pening…dengan lautan manusia yang berpesta. Takut pun ada. Aku teringat peta tu, so try cari. Bila tak jumpa juga, kami tanya another polis, hahahahaa….kali ni mana2 ntah direction yang dia tunjuk. Aku nekad nak cari sendiri guna peta tu. Alhamdulillah, setelah penat lelah pusing sana sini, rupanya dekat sangat hotel tu dengan tube station. Menyesal je rasa tanya polis2 tu, kalau ikut peta dari awal kami tak akan rugi masa macam ni. Sampai di hotel, aku terlepas jumpa Mie, dia dah datang dalam 10 minit sebelum aku sampai. So sementara kami tunggu dia datang, kami mandi dan solat. Alahai, memang budget hotel sungguh, toilet and shower pun kat luar. Takpelah, satu malam je….tapi ratenya ngalahkan hotel 4 stars kat Malaysia. Sejam lebih lepas tu Mie sampai, so dia ajak kami makan kat halal restoren. Aku makan kebab. Mie kata, kalau sampai awal memang dia plan nak bawak kami jalan2 mana2 tempat yang dekat. Tapi disebabkan kami dah banyak habis masa mencari hotel, terlepaslah peluang kami untuk jalan2 kat kota London. Takpelah, lain kali kami datang laei. Lepas makan, hampir semua kedai tutup, memang takde peluang shopping. Kami balik hotel tidur je lah. Memang penat betul. Nampaklah pihak majlis perbandarannya tengah clearkan sampah sarap yang teramat banyak tu.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Jul-2007 05:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Danga Bay Trip 15 Julai 2007
|
|
Kami ke Danga Bay (with K Tie's family), jumpa Abg Chik. Abg Chik bawa jalan2 tunjuk Halaman Orkid Juita yang Abg Chik organize. Rupanya bermacam jenis orkid yang ada kat dunia ni. Itu pun masa kami pergi tak semua berbunga. Tapi memang cantik betul. Minum2 jap then Abg Chik bawa ke nurserinya di Hutan Bandar. Panas betul hari tu, kesian Atirah. Actually Atirah datang JB jalan2 sebab Abinya ada taklimat kat Pasir Gudang.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Apr-2007 04:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Our new family member ~ Nur Atirah Alias
|
|
Mama & Abah dapat cucu lagi...anak first adik tersayang K Tie, namanya Nur Atirah Alias yg selamat dilahirkan pada 4 April 2007 di Hospital USM, Kubang Kerian. Gambar2 ni masa Atirah berumur 3, 4, dan 5 hari. Comel sungguh si kecik Atirah. Moga Atirah membesar dengan sihat dan jadi anak solehah buat keluarga Haji Abdullah. Cuma bila giliran Cikni plak?
p/s: Sorry, gambar gelap....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Mar-2007 03:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Breakfast di Pantai Irama 16 Mac 2007
|
|
Seronok betul breakfast di Pantai Irama 2007. Pagi2 gi beli nasi berlauk dulu, pastu bawak segala kelengkapan berkelah. Setelah puas memujuk, akhirnya Abah n Mama ikut juga. Komen Abah, lain kali boleh breakfast kat pantai lagi. Rasa bahagia bila tengok Abah n Mama happy. Yg ikut serta juga K Ya, K Tie & Alias (plus baby dlm perut), Eida & Saniah. Lepas tu sempat singgah rumah Ayah Long, menziarah sebab Ayah Long demam masa tu. Aku sendiri tak bergambar, asyik duk ambik gambar org lain jek.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Feb-2007 04:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chinese New Year 18 Februari 2007
|
|
Yang Teh & Mak Tam with families datang jenguk kami di Cheras. Sempat la bergambar masa cuti Raya Cina tu dengan depa sebagai kenangan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Dec-2006 04:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Singapore 10 Disember 2006
|
|
Kami ke Singapore bersama Biyo's family. Abah, Mama n K ya kena tinggal kat Skudai sebab takleh ikut. Takde passport.... Kami hanya sempat ke Orchad Rd je. Itu pun tk habis pusing. Next time nk kena gi Sentosa Island plak.
|
|
|
|
|